Khamis, 31 Julai 2008

Pengawal Komputer

Pada masa dahulu ketika komputer peribadi masih belum dirangkaikan keselamatan ict tidak begitu kritikal. Ini kerana keselamatan sesuatu sumber ict merupakan tanggungjawab individu yangmana sesuatu kemudahan tersebut diperuntukkan.

Keadaan semakin berbeza sekarang, dimana keselamatan ict menjadi isu yang sangat kritikal. Keselamatan yang perlu diberi perhatian merangkumi, perkakasan, perisian, rangkaian, data malah keselamatan individu atau organisasi tersebut. Bagi pengguna individu yang tidak terlibat dalam transaksi komersial, keselamatan ict perlu juga dipertimbangkan walaupun tidak semestinya menjadi keutamaan. Walaupun mudarat yang bakal menimpa tidaklah terlalu menjejaskan namun proses pembaikpulih tetap memakan masa.

Adware, Spam, Viruses, Online Scams dan banyak lagi jargon keselamatan ict adalah ancaman kepada aku. Kos untuk perisian keselamatan bersepadu yang agak tinggi telah mempengaruhi keputusanku untuk meminta sedekah diinternet. Ya, sedekah, namapun sedekah pastinya banyak ia merimaskan penggunaannya.....

Sabtu, 26 Julai 2008

Jual pada harga asal tapi masih untung....

Abdul Rahman bin Auf merupakan seorang peniaga yang berjaya. Semasa menjalankan urusniaga, beliau menjual semula Unta sama dengan harga yang dibeli sebelumnya, iaitu pada harga modal. Ketika ditanya bagaimana beliau mendapat untung, jawabnya ialah "melalui jualan talli unta".

Khamis, 24 Julai 2008

Perisian Penulis Blog

Setelah lama mencuba akhirnya aku terpaksa mengaku kalah pada diriku sendiri. Aku cuba mencari alternatif lain, namun tiada yang serasi dengan persekitaranku ini. Aku terasa adakah mereka yang lain tidak memikirkan orang sepertiku walaupun dibayar untuk menggunakan perkhidmatannya.Kini aku terpaksa menggunakan sedekah yang diperuntukan oleh Microsoft bagi menggunakan perisian Windows Live Writer agar aku dapat terus menulis di dalam dunia blog ini.

Rabu, 23 Julai 2008

Yahoo Messenger 8 untuk Jaws 7


Setelah hampir setahun aku mencari, menggoogle, dan bertanya akhirnya aku temui di situ. Telah banyak skrip yang aku muat turun, telah juga aku memuat turun apa-apa juga konfigurasi dan telah beberapa kali aku setting malah telah juga aku re install perisian namun kesemuanya gagal, gagal dan terus gagal.

Kkesemuanya telah berlalu dan kini aku berjaya walaupun kurang stabil. Aku telah berjaya untuk ber chat dengan kawanku yang kini berada di USA.........


Selasa, 22 Julai 2008

Template, Chat Widget dan Suara latar

<></>

Jika sesiapa yang pernah mengunjungi Blog ini mungkin terasa banyak perubahan iaitu tiada imej template, tiada chat widget dan tiada lagu latar yang menghiasinya. Sebenarnya memang saya bertujuan untuk menjadikan blog ini kelihatan cantik, kedengaran merdu dan dapat menyediakan komunikasi dua hala, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Memang saya tiada bukti untuk menuduh template, widget dan embaded suara adalah menjadi penyebab kepada munculnya beberapa popup yang saya tidak kehendaki walaupun saya telah set microsoft internet explorer popup blocker kepada on. Akhirnya setelah saya membuang imej template, chat widget dan embaded suara baharulah popup tersebut tidak muncul........ Barangkali inilah akibatnya jika saya sentiasa mengharapkan sabsidi


Rabu, 16 Julai 2008

Catatan Pilihanraya Umum ke-12

Kami sampai di kampong lebih kurang pukul sepuluh pagi. Perjalanan lancar, tiada banyak poster parti di kiri-kanan jalan, sesekali di tempat pengundian terdapat beberapa kenderaan dan beberapa pengundi atau petugas mundar-mandir di jalan masuk. Kedua-dua orang tuaku dan adik bongsuku tiada di rumah pasti sudah ke pusat pengundian sebagai petugas pondok panas atau sebagai perayu undi.
Kami sekeluarga tidak pernah memindahkan lokaliti pengundian walaupun telah berhijrah ke tempat lain kerana undi kami sekeluarga sangat diperlukan di tempat kelahiranku. Segala kemudahan infrastruktur di tempat aku bermastautin sudah tersedia dan lengkap walau apapun jenama parti dan ideologi yang mewakilinya dan sebaliknya kemudahan tersebut masih belum sempurna walau diwakili oleh parti pemerintah.
Kali ini aku mengundi bukan untuk menunaikan sangat tanggungjawab sebagai warganegara malah ianya bersifat protes terhadap sesebuah parti. Sebagai warga Malaysia aku sentiasa menunaikan tanggungjawab 365 hari setahun tanpa banyak soal dan bukannya setiap lima tahun sekali ketika mengundi. Lagipun adakah aku akan diberi hak pengundian jika tiada pertandingan diadakan?.
Sememangnya kami sekeluarga telah pun memangkah label parti yang sama untuk pilihanraya kali ini.