Jumaat, 31 Julai 2009

Aku belajar jana wang melalui internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kira-kira seminggu yang lalu aku sepatutnya menghadiri satu seminar menjana wang melalui internet yang dianjurkan oleh salah satu NGO. Seminar gratis tersebut dipandu oleh salah seorang naib presiden salah sebuah syarikat perunding ict yang berjaya. Malangnya aku tidak dapat hadir atas sebab-sebab tersendiri.

Merujuk kepada tajuk seminar itu, aku sangat teruja untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Aku melungsur dari satu laman web ke satu laman web, dari satu laman blog ke satu laman blog dan dari setiap pautan pada injin pencari ke pautan yang lain.

Hasil maklumat yang aku perolehi, aku membuat kesimpulan bahawa menjana wang melalui internet adalah termasuk dalam pemasaran internet. Secara asasnya pemilik laman blog atau web mendaftar sebagai pengiklan kepada syarikat promoter iklan. Kemudian setiap barangan yang terjual hasil daripada iklan tersebut, pemilik laman blog atau web akan menerima komisyen daripada syarikat promoter tadi. Namun disebalik asas yang mudah itu terdapat banyak manipulasi untuk menjadikan penjanaan wang melalui internet semakin pelbagai dan rumit......

Selasa, 28 Julai 2009

Keluarga aku diuji dengan selsema babi

Pada hari Jumaat 24 Julai 2009 yang lalu sekolah dimana anakku menuntut telah di tutup selama sepuluh hari. Penutupan itu kerana terdapat beberapa murid didapati mempunyai tanda-tanda gejala selsema babi. Satu ujian secara rawak terhadap lima daripada 50 murid yang mendapat gejala tersebut telah dijalankan. Keputusan ujian mendapati kesemua sampel positif dijangkiti selsema babi. Salah satu daripada sampel itu adalah anakku.

Kementerian Kesihatan telah memberikan panduuan bagi mengelakkan penyakit selsema babi dari merebak. Panduan tersebut sama dengan yang tersiar di dalam media massa. semasa posting ini dibuat anakku mengadakan kuarantine diri sendiri - self qurantine.

Isnin, 27 Julai 2009

Aku kembali lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada semua rakan-rakan yang mengenali aku dan mereka yang tersesat ke sini ataupun pengunjung selainnya, aku mengucapkan terimakasih kerana sudi kemari. Masa terllalu cepat beredar, dalam masa lebihkurang 8 bulan blog ini tidak dikemaskini. Walau apapun alasan dan dalih untuk tidak mengemaskini, percayalah jari jemari ini sentiasa bergetar untuk mengetik papan kekunci bertujuan agar blog ini terkemaskini. Mulai sekarang akan ada posting terbaharu .....