Rabu, 7 Disember 2011

Bagaimana orang buta menggunakan komputer – Screen reader script

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kiriman bertajuk Bagaimana Orang Buta Menggunakan Komputer - Screen Reader dan Interaksi   aku telah bercerita tentang interaksi  antara pengguna buta dengan komputer melalui perantaraan perisian screen reader. Pada peringkat ini proses interaksi hanya berlaku untuk  membolehkan Sistem pengoperasian boleh dicapai menggunakan perisian screen reader. Untuk membolehkan program aplikasi seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel mengexploitasi program screen reader, satu fail script perlu dihasilkan.

Fail script yang dibena akan mengandungi  beberapa baris set kod arahan supaya screen reader melaksanakan fungsi yang telah disesuaikan untuk sesuatu program aplikasi tertentu. Ini bermakna, satu fail skrip perlu dibena untuk satu program aplikasi. Contohnya satu fail skrip dibena untuk aplikasi Microsoft Word dan satu fail skrip lain perlu dibena untuk aplikasi Microsoft Excel.

Rabu, 14 September 2011

Kasih Sayang di Aidilfitri 2–Syawal 1432

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam tadi rembulan Syawal 1432pasti kelihatan penuh di dada langit, menandakan sudah lebih 15 hari aku merayakan Aidilfitri. Empat tahun lalu, pernah aku berbisik tentang ini, di blog ini dan dua tahun lepas ingin aku ulanginya, namun tiada yang berubah, kecuali warna pakain dan umur. Kini, aku akan berbisik semula, berbisik tentang suasana, rasa dan perasaan yang serasa telah berbeda.

Walau usiaku hampir separuh abad, seperti empat dan dua tahun lalu, mereka masih tidak jemu memelukku, mereka masih tidak jemu mengalirkan air mata untukku, mereka masih tidak jemu untuk berbisik dan mereka masih tidak jemu memohon kemaafan walau mereka tidak pernah berdosa padaku.

Aku cuba menahan perasaan, aku cuba mempertahankan egoku dan aku cuba keraskan hati agar ianya seperti empat tahun dan dua tahun lalu. Pelukan mereka semakin erat, esakan mereka makin jelas kudengar dan air mata mereka semakin membasahi bahu bajuku hinggakan pertahanan ku semakin longgar dan akhirnya… Ketika aku menoleh aku terasa manik-manik air menitik membasahi bahu bajuku. Aku pasti dan sememangnya pasti airmata yang mengalir adalah milikku sendiri. Alhamdulillah, aku masih punya mereka…

Selasa, 2 Ogos 2011

Bagaimana orang buta menggunakan komputer–screen reader dan interaksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman yang lepas, aku telah bercerita tentang perisian screen reader dan peranti output. Untuk kiriman kali ini, aku akan bercerita tentang bagaimana interaksi antara orang buta dengan komputer. Komputer yang digunakan telahpun terpasang perisian screen reader. Outputnya merupakan suara yang dikeluarkan melalui speaker. Manakala keyboard digunakan sebagai peranti input.

Ketika komputer dihidupkan, perisian screen reader akan diaktifkan oleh sistem pengoperasian. Perisian screen reader ini akan mendapatkan semua teks yang terpamir pada skrin komputer. Teks-teks ini kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk suara. Oleh sebab itu perisian screen reader juga dikenali sebagai perisian Text to speach atau ringkasnya tts. Suara-suara tadi akan dibunyikan mengikut arahan-arahan yang disediakan oleh perisian screen reader.

Pengguna komputer menggunakan papan kekunci sebagai peranti input. Screen reader menyediakan proses simulasi mouse agar arahan dari mouse digantikan dengan input dari papan kekunci. keyboard shortcut juga digunakan sebagai pengganti arahan yang digunakan melalui mouse.

Rabu, 20 Julai 2011

Bagaimana Orang Buta Menggunakan Komputer – Peranti input/output

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman bertajuk Bagaimana Orang Buta Menggunakan Komputer, aku ada bercerita tentang satu perisian yang disediakan oleh Microsoft bernama Narrator. Selain Narrator, terdapat banyak lagi perisian yang berfungsi seperti ini contohnya JAWS, Windows Eyes dan NVDA. Perisian ini dikategorikan didalam kumpulan Screen Reader. Kita boleh mendapatkan perisian jenis ini samada secara gratis ataupun berbayar.

Semasa kita mendapatkan sebuah sistem komputer, kita akan dibekalkan dengan unit-unit input dan output yang standard. Unit output standardbiasanya terdiri dari monitor dan pencetak. Sementara unit input pula terdiri dari papan kekunci dan tetikus.

Umumnya perisian screen reader akan menggunakan peralatan yang menyokong audio sebagai medium output.  Walaupun begitu, refreshable braille boleh disambungkan ke unit komputer untuk dijadikan peranti output. Sementara itu pengguna yang mempunyai pandangan terhad, mereka akan memenafaatkan penggunaan  monitor biasa yang dilengkapi dengan perisian screen magnifier.

Selasa, 12 Julai 2011

Mengapa mesen pembayaran meletak kereta perlu bersuara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku selalu menumpang kenderaan ke pusat membeli-belah. Sewaktu hendak membuat pembayaran meletakkan kenderaan secara autopay, aku mendengar mesen autopay bersuara. Mengapa mesin tersebut perlu dipasang alat bagi membolehkannya bersuara?. Ssiapakah target pengguna ciri-ciri bersuara pada mesin autopay?.

Bagi golongan Orang Kurang Upaya penglihatan, penggunaan gadget bersuara bukanlah asing. Komputer dan talifon bimbit merupakan contoh gadget yang diletakkan perisian yang membolehkannya bersuara. Gadget-gadget tersebut perlu dilengkapi dengan suara untuk membolehkan oku penglihatan  berinteraksi dengan gadget tersebut. Namun sehingga sekarang, aku belum pernah menemui mesin pengeluaran wang automatik (atm) dilengkapi dengan suara bagi memudahkan pengguna oku penglihatan menjalankan transaksi perbankan. Kekangan dalam urusan perbankan menggunakan mesin atm ini dijadikan isu untuk menafikan hak pengguna oku penglihatan untuk memiliki kad atm.

Keperluan untuk memasang suara pada mesin pengeluaran wang automatik (atm) adalah lebih mendesak berbanding dengan mamasang  suara pada  mesin pembayaran meletak kenderaan automatik.

Sabtu, 9 Julai 2011

Menggunakan shortcut enable / disable LAN bagi Windows 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku telah bercerita tentang cara-cara mewujudkan shortcut untuk enable / disable LAN  dalam beberapa kiriman terdahulu. Sekarang aku hendak menyambung cerita tersebut, kali ini tentang cara penggunaan shortcut pada desktop yang telah aku wujudkan sebelum ini.

  1. Pergi ke desktop.
  2. Cari shortcut enable / disable LAN yang telah diwujudkan.
  3. Tekan butang right-mouse atau kekunci application pada keyboard. Satu popup dengan beberapa pilihan akan muncul. Antara pilihan yang di paparkan ialah sama ada enable ataupun disable.
  4. Ppilih samada mahu enable atau disable LAN.
      Ulang langkah di atas jika hendak membuat pilihan lain samada dari enable ke disable atau dari disable ke enable LAN.

    Isnin, 4 Julai 2011

    GEGAR BLOG (JULAI 2O11 ) bermula !

    GEGAR BLOG JULAI 2011

    Pada malam yang memanjang, ada bisikan yang mengajak aku agar turut sama merasai gegaran itu.

    Jom beramai-ramai merasakan Gegaranya di sini

    Sabtu, 2 Julai 2011

    Sayangi blog anda

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Sedalam manakah anda menyayangi blog anda?. Ini soalan subjektif. Ia boleh ditafsirkan dari berbagai sudut. Jawapannya sudah pasti pelbagai.

    Sayang itu perasaan. Tiada alat atau radas boleh digunakan untuk mengukur nilainya. Blog tidak berjiwa. Ia tidak memberi respon walau anda sayang padanya.

    Kunjungi blog anda sebelum anda mengunjungi blog lain, andam blog anda sebelum anda mengandam blog lain dan kagumi blog anda sebelum anda mengkagumi blog lain sebagai tanda anda menyayangi blog anda.

    Khamis, 30 Jun 2011

    CsP nak bagi hadiah


    Cerita Si Padlie

     

    Kiriman yang saya minati ialah

    Apollo: Misi manusia ke bulan [Part III]

    Terdapat banyak teori pendaratan manusia ke bulan. Ada yang menghuraikan dari sudut astro-sains, teori konspirasi dan kepercayaan agama. Blog CsP telah menghuraikan topik ini secara santai, tidak terlalu saintifik dan mudah difahami oleh pembaca blog dari berbagai latar pendidikan.

     

    Untuk menambahbaikan lagi Blog CsP, saya mencadangkan supaya blog Csp ini diwujudkan juga dalam versi mobile kerana:-

    1. . Boleh dicapai melalui pelbagai browser
    2. Boleh dicapai melalui pelbagai peranti seperti telefon pintar, i pad dan telefon bimbit.
    3. Boleh dicapai dengan pantas dan murah bagi pengguna pekej gprs, edge dan 3G
    4.   Boleh dicapai dengan mudah oleh orang kurangupaya penglihatan yang menggunakan perisian screen reader.

     

    Saya dah tag ke Cikgu-azhar dan Besiwaja

    Khamis, 2 Jun 2011

    Cerita hijack komputer–Mengenali Spybot

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Dalam kiriman yang lalu, aku telah bercerita tentang percubaan memuat turun, memasang dan menjalankan beberapa perisian anti virus, anti spyware, anti trojan dan anti hijack. Satu andaian yang boleh aku buat ialah, sesuatu perisian keselamatan yang dibangunkan adalah ditujukan untuk sesuatu kategori ancaman. Sebagai contoh, perisian antivirus digunakan untuk ancaman jenis virus manakala perisian firewall digunakan untuk ancaman jenis godaman. Masalah yang aku hadapi pula boleh dikategorikan sebagai hijack yang memerlukan perisian anti hijack untuk memulihkannya

    Ancaman hijack merupakan subkategori kepada kategori ancaman jenis spyware. Seperti yang telah aku ceritakan, aku telah menguji beberapa perisian kategori anti spyware seperti malwarebyte, adware remover dan hijackthis. Kesemua hasil percubaan yang aku lakukan tidak dapat memulihkan komputerku sepenuhnya sehinggalah aku mencuba satu perisian yang bernama spybot.

    Spybot Search & Destroy (S&D) merupakan perisian popular penghapus spyware dan adware yang serasi dengan sistem pengoperisian Windows dari versi 95 hingga Windows versi 7. Ia mengimbas cakera keras, pemproses dan RAM dari sebarang ancaman perisian kategori spyware. Versi 1.6 merupakan versi terkini yang stabil tersedia untuk dimuat turun manakala versi 2.0 beta boleh juga dicuba. Perisian ini dibangunkan oleh Safer Networking (http://www.safer-networking.org). Laman web portableApps.com turut menyediakan Spybot versi 1.6 portable.

    Dapatkan Spybot 1.6 versi installer di sini, http://www.safer-networking.org/en/ownmirrors1/index.html 

    Untuk Spybot versi 1.6 versi portable pula dapatkannya di sini, http://portableapps.com/apps/security/spybot_portable

    Rabu, 1 Jun 2011

    Cerita Hijack komputer–Beberapa pilihan penyelesaian

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Dalam kiriman sebelum ini, aku telah bercerita tentang beberapa simptom yang menunjukkan komputer aku telah dihijack. Aku juga telah bercadang untuk meformat cakera keras sebagai salah satu kaedah untuk mengembalikan komputer aku seperti keadaan asal. Memandangkan banyak kerja-kerja pemasangan perisian selepas tugas meformat, maka kaedah meformat cakera keras merupakan pilihan terakhir untuk dilakukan.

    Beberapa penyelesaian telah aku fikirkan. Dengan Menggunakan teknik cuba dan jaya (try and success), aku telah melakukan percubaan berikut:-

    • Mengimbas komputer menggunakan perisian antivirus
      Aku telah mengimbas keseluruhan sistem komputer menggunakan perisian antivirus terkini seperti Avira, AVG dan PC Tools. Walaupun banyak virus dapat dikesan dan dimusnahkan namun masalah masih tidak selesai.
    • Reset ke default, terhadap isi kandungan fail “hosts”
      Kaedah ini juga tidak menyelesaikan masalah.
    • Menjalankan “Windows Fixit”
      Tool ini aku jalankan untuk mengembalikan tetapan internet termasuk isi kandungan “hosts” ke tetapan default. Ia juga tidak menyelesaikan masalah.
    • Menjalankan perisian anti spyware
      Banyak perisian anti spyware yang aku muat turun dari internet untuk dicuba. perisian tersebut terdiri dari berbagai versi, antaranya freeware, trial version, shareware dan beta version. Contoh perisian dalam kategori ini ialah hijackthis, adware remover, trojan remover, stopzilla, malware byte, spyware doctor,donothijack dan spyware blaster. Beberapa simptom yang menjangkiti komputer yang dihijack telah dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan keseluruhannya. Terdapat beberapa perisian yang aku jalankan merupakan perisian malware yang turut menambah masalah yang sedia ada.

    Ketika aku hampir putus asa, aku telah bertemu dengan perisian yang diberinama spybot…

    Selasa, 31 Mei 2011

    Cerita hijack komputer–senario

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Komputer yang selalu aku gunakan pernah dihijack. Itulah antara sebab blog ini pernah tidak dikemaskini untuk beberapa minggu. Pada mulanya aku tidak menyedari komputer aku telah dihijack sehinggalah beberapa simptom-simptom mula memberikan reaksi yang ketara. Antara simptom-simptom yang ditunjukkan ialah:-

    • Jika aku memilih pautan dalam search result dari enjin pencari, ia akan redirict ke laman web lain.
    • URL yang dimasukkan dalam adress bar juga akan redirect ke laman yang lain.
    • default pages pada tetapan dalam web browser tidak boleh ditukar.
    • Program Windows registry tidak boleh dibuka untuk dilaksanakan.
    • Isi kandungan dalam fail “hosts” telah bertukar.

    Meformat Cakera keras merupakan cara yang terlintas di dalam fikiranku. Walaupun cara ini praktikal untuk dilakukan namun kemungkinan komputerku dihijack semula adalah tinggi….

    Jumaat, 27 Mei 2011

    Membuat shortcut untuk “enable / disable” LAN dalam Windows 7

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Sebagai pengguna yang biasa dengan Windows Xp, saya menghadapi masalah untuk “enable / disable” LAN. Windows 7 tidak memberikan ciri-ciri ini ketika saya  right-click pada ikon LAN atau internet connection yang berada pada “system tray”. Satu daripada cara yang boleh saya lakukan ialah dengan mewujudkan shortcut di desktop bagi menyelesaikan masalah ini.

    Saya telah melakukan tertib di bawah untuk menghasilkan shortcut tersebut:

    1. Pergi ke “System tray”.
    2. Pergi ke ikon network adepter atau Internet access.
    3. Right-click atau tekan kekunci application pada Network internet connection / adepter yang berkenaan. Satu popup akan muncul dengan beberapa pilihan.
    4. Ppilih “Open Network and Sharing Center”.
    5. Tekan Tab sehingga “Change adepter settings” dan tekan enter. Satu atau lebih LAN adepter yang terdapat pada komputer telah sedia untuk dipilih. 
    6. Pergi ke LAN adepter yang saya hendak hasilkan shortcut untuknya kemudian right click atau tekan kekunci application. Satu popup akan muncul. 
    7. Pilih “create shortcut”.
    8. Satu dialog box yang menyatakan satu shortcut akan dihasilkan di desktop. Pilih ok pada dialog box  tersebut.
    9. Hasilnya satu shortcut akan diwujudkan di desktop dengan nama “Local Area Network Connection –shortcut”.

    Khamis, 26 Mei 2011

    Kenaikan harga barang keperluan, episod bangau oh bangau…

    Aku teringat lagu “Bangau Oh! Bangau”, lalu,
    Kalau ular tak nak makan katak, katak tak akan panggil hujan
    kalau katak tak panggil hujan, hujan tak timpa kayu
    kalau hujan tak timpa kayu, kayu api tak habis basah
    kalau kayu api tak habis basah, nasi tak mentah
    kalau nasi tak mentah, perut kerbau tak sakit
    kalau perut kerbau tak sakit, rumput tak panjang sangat
    kalau rumput tak panjang sangat, ikan akan timbul
    kalau ikan timbul bangau tak akan kurus...

     

    Jika akulah bangau itu yang semakin kurus fizikal dan poket, siapakah “ular” itu yang menjadi bapak dan ibu kepada segala punca masalah kenaikan harga barangan keperluan?.

    Isnin, 23 Mei 2011

    Catatan lewat Hari Ibu - Jasa bonda (Warisan)

    Di saat kau lena
    dia berjaga
    Kau bersenang
    dia bekerja
    Untuk mu tiada terbatas
    Memberi tidak minta dibalas
    Ingin dibinanya untuk mu
    Kehidupan yang sempurna
    Punya kekuatan jiwa
    Punyai maruah
    Leterannya dari rasa luhur
    Menegur sebelum terlanjur
    Itulah yang diwarisi
    Pesan ibu terpahat di hati
    Beringat-ingatlah
    berpesan pesan Untuk kebaikan
    Marah bukan kebencian
    Tapi tanda sayang

    Engkau semakin dewasa
    Berjiwa merdeka
    Sedang dia semakin tua
    Membilang usia
    Di saat kau berjaya
    Dia tiada berdaya
    Semoga kau tak lupa
    Jasa bonda

    Sabtu, 21 Mei 2011

    Satay pada majlis ulang tahun ke 10

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Kiriman ini aku taip sebaik sahaja aku balik dari menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan bagi Persatuan Penduduk di taman perumahan tempat aku bermastautin. Selain mesyuarat agong tahunan, , persatuan tersebut turut mengadakan jamuan sempena 10 tahun taman perumahan ini mula dihuni. Dalam sedar tak sedar, kami sekeluarga sudah tinggal disini selama sepuluh tahun.

    Persatuan Penduduk itu merangkumi 120 buah rumah iaitu 99 perumahan baharu dan yang selebihnya perumahan lama. Persatuan ini mempunyai  80 ahli yang terdiri daripada masyarakat keturunan Melayu dan Cina.

    Majlis diakhiri dengan jamuan satay.

    Jumaat, 20 Mei 2011

    Mixed Grill dan Lai Chee Kang pada Hari Ulang tahun Kelahiran

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Langit hitam pekat bersama rerenyai hujan, dia pulang awal dari pejabat. Lalu dia mengajakku untuk meraikan Hari Ulangtahun Kelahiranku. Aku dia dan putera bongsuku menuju destinasi, sebuah cakrok memjual makanan barat. Hujan lebat mencurah sesampainya kami ke situ, seolah-olah turut bersama meraikan majlis mikro tersebut.

    Sayangku, terima kasih kerana meraikan aku untuk kesekian kali…

    Isnin, 25 April 2011

    Apa warna mimpi anda malam tadi?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Malam tadi aku bermimpi, beberapa malam lalu aku juga bermimpi. Aku kerap bermimpi. Mimpiku beraneka genre. Dalam mimpi itu aku pernah menjadi pelakonnya. Aku juga pernah menjadi penonton didalam sesebuah mimpi.

    Kalian seperti juga aku pasti pernah bermimpi. Boleh aku tahu, apa warna mimpi anda malam tadi?. Apakah mimpi anda hitam putih ataupun berwarna-warni?. Mengapa terdapat perbezaan warna dalam melatari mimpi kita?.

    Jumaat, 15 April 2011

    Doa solat sunat dhuha

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu 
    Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.

    Ahad, 3 April 2011

    Anakku mahu jadi genius

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Malam tadi anakku menunjukkan sekeping kertas yang dibawa pulang dari sekolah. Aku meminta dia menerangkan isi kandungannya. Menurut anakku, ia berkaitandengan satu produk untuk menjadikan orang yang memakannya menjadi genius. Produk tersebut terdiri daripada gula-gula homeopathy dan kismis.Ia dijual dengan harga rm13.00.

    Sebagai ibubapa yang penyayang aku cuba untuk menurut kehendak anak-anak. Cuma, aku tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada anakku. Dalam usia semuda 7 tahun aku tidak mahu dia dieksploitasi oleh pihak tertentu atas nama sekolah. Aku tidak mahu anakku mempunyai persepsi bahawa semua yang datang dari sekolah adalah benar dan baik belaka. Apatah lagi sesuatu yang komersial sifatnya.

    Jumaat, 1 April 2011

    Cerita penyelenggaraan rumah

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Sudah lebih sepuluh tahun aku mendiami rumah ini. Terdapat banyak kerosakan pada rumah ini yang perlu diperbaiki. Antara pembaikan yang perlu dilakukan ialah, paip sinki bocor, mencuci tangki, siling pecah dan pam tandas yang tidak berfungsi. Sementara itu perkakasan elektrik yang perlukan penyelenggaraan secara berkala ialah penyaman udara.

    Aku menghadapi masalah untuk mencari orang yang boleh melakukan tugasan di atas. Memang banyak iklan yang dimasukkan kedalam peti surat, ditampal di tiang elektrik dan diiklankan di laman web tetapi aku serik untuk menghubunginya. Pengalaman lalu mengajar aku supaya berhati-hati mengenai iklan penyelenggaraan rumah yang terdapat di merata-rata tempat. Ini kerana upah yang diminta tidak sepadan dengan tugasan yang dikerjakan.

    Aku tidak boleh menolak harga yang ditawarkan setelah mereka tiba untuk membuat pemeriksaan. Walaupun semasa dihubungi mereka berjanji bahawa pemeriksaan yang bakal dilakukan adalah percuma.

    Pilihan yang ada padaku ialah menggunakan buruh asing untuk menyelesaikan masalah. Kos boleh dirunding terlebih dahulu dan spesifikasi tugasan ditentukan bersama namun boleh diubah dari semasa kesemasa merupakan ciri-ciri menarik untuk dipertimbangkanl jika aku mahu menggunakan tenaga mereka. Apa yang lebih istimewa, aku tidak terikat untuk menggunakan tenaga mereka setelah pemeriksaan dilakukan…

    Isnin, 28 Mac 2011

    Anakku dan alat tulis

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Itu bukan kali pertama beg sekolah anak bongsuku, murid tahun satu  diselongkar. Sebagai ibubapa yang perihatin, hampir setiap malam beg sekolah anak bongsuku itu diselongkar, upaya untuk memeriksa tugasan atau menyiapkan kelengkapan yang akan dibawa ke sekolah pada keesokan harinya.

    Malam itu, sama seperti hampir kebanyakkan malam-malam sebelumnya, penemuannya sama, soalannya sama dan jawapannya sama. Pensil yang dibekalkan sejumlah 2 batang tinggal sebatang sahaja  dibawa pulang, hampir kesemua pensil warna menjadi tumpul, getah pemadam yang dibawa kesekolah tinggal separuh sahaja.

    Ketika ditanya kenapa jadi begitu, jawapan dari anakku ialah, “Kawan pinjam”.

    Khamis, 24 Mac 2011

    Reset Host internet

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    1. Pergi ke c:\windows\system32\drivers\etc
    2. Cari fail bernama “hosts”
    3. Buka fail “Hosts” menggunakan notepad
    4. gantikan isi fail “hosts” dengan teks di bawah

      Untuk Windows XP atau Windows Server 2003

      # Copyright (c) 1993-1999 Microsoft Corp.
      #
      # This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
      #
      # This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
      # entry should be kept on an individual line. The IP address should
      # be placed in the first column followed by the corresponding host name.
      # The IP address and the host name should be separated by at least one
      # space.
      #
      # Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
      # lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
      #
      # For example:
      #
      # 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
      # 38.25.63.10 x.acme.com # x client host
      127.0.0.1 localhost


      Untuk Windows Vista atau Windows Server 2008



      # Copyright (c) 1993-2006 Microsoft Corp.
      #
      # This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
      #
      # This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
      # entry should be kept on an individual line. The IP address should
      # be placed in the first column followed by the corresponding host name.
      # The IP address and the host name should be separated by at least one
      # space.
      #
      # Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
      # lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
      #
      # For example:
      #
      # 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
      # 38.25.63.10 x.acme.com # x client host
      127.0.0.1 localhost
      ::1 localhost


      Untuk Windows 7



      # Copyright (c) 1993-2006 Microsoft Corp.
      #
      # This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
      #
      # This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
      # entry should be kept on an individual line. The IP address should
      # be placed in the first column followed by the corresponding host name.
      # The IP address and the host name should be separated by at least one
      # space.
      #
      # Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
      # lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
      #
      # For example:
      #
      # 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
      # 38.25.63.10 x.acme.com # x client host

      # localhost name resolution is handle within DNS itself.
      # 127.0.0.1 localhost
      # ::1 localhost


    Khamis, 17 Mac 2011

    Buku digital gratis di projek gutenberg

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Pada hari ini saya akan bercerita tentang sebuah laman web yang dinamakan project gutenberg. Laman ini menyediakan buku digital secara percuma untuk dibaca menggunakan PC, iPad, Kindle, Sony Reader, Android atau lain-lain peranti mudah alih.

    Format-format Buku-buku digital yang boleh dimuat turun melalui  laman ini antaranya ialah ePub, Kindle, HTML dan teks biasa.

    Layari laman web http://www.gutenberg.org untuk maklumat lanjut dan memuat turun buku digital percuma.

    Jumaat, 11 Mac 2011

    Camelia i hingga Camelia iv – satu idea

    Asalamualaikum dan salam sejahtera,
    Hari itu aku tiada idea. Inspirasi entah dimana. Ilham tidak datang menyapa. Aku mesti mencari bahan untuk dikirimkan ke blog.

    Aku mencari topik dan isu lewat internet. Tiada topik dan isu yang baharu melainkan politik tempatan yang semakin bercelaru. Apa lagi yang mampu aku lakukan selain mengeluh?.

    Akhirnya aku temui cara-cara untuk mengemaskini blog jika aku tiada idea. Aku merasakan cara tersebut praktikal dan realistik untuk aku lakukan. Cara yang aku maksudkan ialah menyalin senikata lagu untuk dibuat kiriman ke blog.

    Lagu ‘Camelia i’ hingga ‘Camelia iv’ aku pilih kerana ia merupakan 4 lagu yang berkesinambungan. Ini bermakna aku tidak perlu mencari idea untuk 4 kiriman selanjutnya. Dalam kiriman-kiriman itu, aku telah menambah sisipan video dari youtube supaya pengunjung dapat menghayati senikata lagu-lagu tersebut.

    Sebagai kiriman tambahan, aku telah bercerita tentang membuat sisipan video youtube ke blogger menggunakan windows live writer. Kiriman kali ini juga rentetan lima posting sebelum ini.

    Isnin, 7 Mac 2011

    Menyisipkan video youtube ke dalam posting Blogger menggunakan Windows Live Writer

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Terdapat beberapa jenis sisipan yang boleh dimasukkan ke dalam posting ke Blog. imej, jadual, video dan pautan merupakan beberapa contoh-contoh yang boleh disisipkan bersama-sama posting yang dibuat. Sumber-sumber sisipan tersebut boleh diperolehi  dari komputer kita  atau dari laman web yang lain.

    Saya pernah bercerita mengenai cara-cara membuat posting yang mengandungi sisipan video dari komputer kita. Pada kali ini saya akan bercerita tentang membuat sisipan video dari laman web “http://www.youtube.com” untuk dikirimkan bersama-sama dengan posting ke dalam blogger. Bagi menjayakan tugasan tersebut saya menggunakan perisian penulis Blog yang dinamakan Windows Live Writer”.

    Cara-caranya:-

    1. Layari laman “http://www.youtube.com”.
    2. Cari dan mainkan video tersebut di youtube
    3. Cari (menggunakan down/up arrow) “Get video embed code toggle button”.
    4. tekan “SpaceBar”, satu popup akan muncul, yang isinya seperti dibawah,
      <iframe title="YouTube video player" height="390" src=”www.youtube.com/fail saya” frameborder="0" width="480" allowfullscreen="allowfullscreen"></iframe>
    5. Cari skrip/kod di atas menggunakan “up/down Arrow”. Jika popup di atas tidak muncul, sebaliknya “Embedding disabled by request”yang muncul, ini menunjukkan video tersebut tidak boleh disisipkan ke dalam posting.
    6. Salin semua skrip/kod yang berada di dalam popup tersebut. Cara “Ctrl+A”, “Ctrl+c” atau “Shift+DownArrow”, “Ctrl+c” boleh digunakan.

    7. Buka perisian Windows Live Writer.

    8. Masukkan tajuk posting jika ia posting baharu.

    9. Tukar ke “source view” (pilih “View”, “source” pada menu utama jika menggunakan versi lama atau “Shift+F11” untuk versi Essential).

    10. Tampal / paste kod/skrip di atas (“Ctrl+v”).

    11. Kembali ke “Edit View” (pilih “View”, “Edit” pada menu utama jika menggunakan versi lama atau “F11” untuk versi Essential). Satu Flash player akan terhasil. Kita akan dapati kemunculan beberapa elemen flash  seperti “YouTube video player” dan “Flash movie start”, tajuk video dan beberapa butang seperti “play”, “mute” dan unlabel 0 button” jika kita menekan “up/down Arrow” beberapa kali pada flash player yang dihasilkan

    12. Jika kita mahu, buat karangan yang hendak dikirimkan di sebelum atau selepas Flash player di atas.

    13. Kita boleh menyemak hasil kerja yang dibuat menggunakan “preview View” (pilih “View”, “preview” pada menu utama jika menggunakan versi lama atau “F12” untuk versi Essential).
      Untuk memainkan video ini cari butang “play” dan untuk memberhentikannya, tekan butang “Pause” atau butang “mute”.

    14. Kembali ke “Edit View” (pilih “View”, “Edit” pada menu utama jika menggunakan versi lama atau “F11” untuk versi Essential).

    15. Sekarang, setelah berpuas hati, bolehlah kita poskan hasilnya ke Blogger atau kita boleh “save” ke dalam “local draft”.

    Untuk mendapatkan contoh yang telah saya buat, pergi ke posting bertajuk ‘Camelia i’,’camelia ii’ dan camelia iv’ dalam blog ini. Untuk memainkan video tersebut, cari butang “play” dan tekan “enter”.

    Cara di atas digunakan untuk komputer tanpa monitor, tanpa tetikus tetapi yang boleh berbisik.

    Jumaat, 4 Mac 2011

    Camelia iv

    Lagu oleh Ebiet G Ade

    Senja hitam ditengah ladang
    Dihujung permatang engkau berdiri
    Putih diantara ribuan kembang
    Langit diatas rambutmu
    Merah tembaga
    Engkau memandangku
    Bergetar bibirmu memanggilku
    Basah dipipimu air mata
    Kerinduan, kedamaian oh
    Batu hitam diatas tanah merah
    Disini akan kutumpahkan rindu
    Kugenggam lalu kutaburkan kembang
    Berlutut dan berdoa
    Syurgalah ditanganmu, Tuhanlah disisimu
    Kematian adalah tidur panjang
    Maka mimpi indahlah engkau
    Camellia, Camellia oh
    Pagi, engkau berangkat hati mulai membatu
    Malam, kupetik gitar dan terdengar
    Senandung ombak dilautan
    Menambah rindu dan gelisah
    Adakah angin gunung, adakah angin padang
    Mendengar keluhanku, mendengar jeritanku
    Dan membebaskan nasibku
    Dari belenggu sepi

    Khamis, 3 Mac 2011

    Camelia iii

    Lagu oleh Ebiet G Ade

    Di sini, di batu ini
    Akan kutuliskan lagi Namaku dan namamu
    Maafkan bila waktu itu Dengan tuliskan nama kita
    Kuanggap engkau berlebihan
    Wou huo ooo
    Sekarang Setelah kau pergi Kurasakan makna tulisanmu
    Meski samar tapi jelas pasti
    Engkau hendak tinggalkan kenangan dan kenangan
    Di sini kau petikkan kembang
    kemudian engkau selipkan Pada tali gitarku
    Wou huo ooo
    Maafkan bila waktu itu Kucabut dan kubuang
    Kau pungut lagi dan kau bersihkan
    Engkau berlari sambil menangis
    Kau dekap erat kembang itu
    Sekarang baru aku mengerti Ternyata kembangmu kembang terakhir yang terakhir
    Oh
    Camelia Katakanlah di satu mimpiku
    Oh Camelia Maafkanlah segala khilaf dan salahku
    Di sini, di kamar ini Yang ada tinggal gambarmu
    Kusimpan dekat Dengan tidurku Dan mimpiku
    Oh, Camelia
    katakanlah di satu mimpiku
    Oh, Camelia
    Maafkanlah segala khilaf dan salahku

    Rabu, 2 Mac 2011

    Camelia ii

    Lagu oleh Ebiet G Ade

    Gugusan hari-hari
    Indah bersamamu Camelia
    Bangkitkan kembali
    Rinduku mengajakmu bersama
    Inginku berlari
    Mengejar seribu bayangmu Camelia
    Tak peduli kan ku terjang
    Biarpun harus ku tempuh padang ilalang
    Tiba-tiba langkahku terhenti
    Sejuta tangan telah menahanku
    Inginku maki mereka berkata
    Tak perlu kau berlari
    Mengejar mimpi yang tak pasti
    Hari ini juga mimpi
    Maka biarkan ia datang dihatimu
    dihatimu

    Selasa, 1 Mac 2011

    Camelia i

    Lagu oleh Ebiet G Ade

    Dia Camelia
    puisi dan pelitamu
    kau sejuk seperti titik embun membasahi daun jambu
    di pinggir kali yang bening
    sayap-saayapmu kecil lincah berkepak
    seperti burung camar
    terbang mencari tiang sampan
    tempat berpijak kaki dengan pasti
    mengarungi nasibmu
    mengikuti arus air berlari
    dia Camelia
    engkaukah gadis itu
    yang selalu hadir dalam mimpi-mimpi di setiap tidurku
    datang untuk hati yang kering dan sepi
    agar bersemi lagi
    hmm ... bersemi lagi
    kini datang mengisi hidup
    ulurkan mesra tanganmu
    bergetaran rasa jiwaku
    menerima karuniamu
    Camelia oh Camelia
    Camelia oh Camelia

    Isnin, 28 Februari 2011

    Jom makan coklat

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Pada kiriman kali ini saya akan bercerita mengenai cokelat. Cokelat yang saya akan ceritakan ialah tentang custome made chocklat. Cokelat ini disediakan oleh adik saya sendiri.

    Apakah yang dimaksudkan dengan custom made chocklat?. Custom made chocklat ialah coklat yang disediakan mengikut citarasa sendiri. Citarasa yang boleh kita pilih terdiri daripada rasa, warna, rekabentuk dan pembungkusan.

    Perisa coklat yang boleh didapati terdiri daripada asli, keladi, oren,strawberry, anggur dan vanila. Rekabentuknya pula terdiri daripada teddy bear, bunga, lolly pop dan biasa. Bungkusan atau packagingnya menggunakan plastik wrapper atau kotak. Selain perisa, rekabentuk atau pembungkusan yang telah tersedia, tempahan boleh dibuat mengikut citarasa sendiri.

    Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau membuat tempahan, hubungi saya atau lawati http://coklatmanes.blogspot.com

    Sabtu, 26 Februari 2011

    Anak, komputer dan aku

    Pada 21 Febuari 2010 aku telah membuat kiriman mengenai Aku komputer dan anak-anak. Pada ketika itu anakku sedang belajar di tadika dan berusia 6 tahun.

    Sekarang anakku sudah memasukki tahun 1. Memandangkan hanya dia seorang yang tinggal bersama-samaku maka dia selalu memerhatikan aku menggunakan komputer.

    “Papa, bagaimana papa menutup komputer tanpa tetikus?,” anakku bertanya.

    “Nanti, bila adik besar adik tahulah jawapannya,” aku menjawab secara acuh tak acuh kerana hidangan tengahari telah menanti.

    Petang itu, anakku datang menghampiriku bersama-sama sebuah buku.

    “Adik tidak perlu menunggu hingga besar untuk menutup komputer tanpa tetikus. Papa menggunakan ‘shortcut’ bagi menutup komputer",”

    “Jika papa tidak menggunakan ‘shortcut’, apakah cara lain yang adik tahu,” aku cuba menguji,

    “cara yang digunakan untuk menutup komputer ialah, mula-mula klik ‘start’, klik ‘shutdown’ lepas itu klik ‘shutdown’",” lancar sekali anakku bercerita.

    “darimana adik mendapat tahu mengenainya?.”

    “Adik mendapat maklumat dari buku teks pelajaran komputer tahun 1.”

    Khamis, 24 Februari 2011

    Catatan Sabtu 19 Febuari 2011

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Pada hari Sabtu 19 Febuari 2011, aku menghadiri Mesyuarat Agong P.I.B.G. Semasa agenda perbahasan usul, seorang Mak Datin bangun dan mempromosikan program Skor A. Ironinya Mak Datin tersebut telah dilantik sebagai salah seorang AJK persatuanyang baharu..…

    Rabu, 23 Februari 2011

    Patah balik ke Windows Movie Maker 2.6

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Kadang-kadang aku terlalu obses dengan perkembangan ICT. Aku tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan perisian komputer versi terkini walaupun kemampuanku terbatas. Pembangun perisian komputer terus mendakwa perisian mereka merupakan perisian terbaik, terkini, mudah dan menyediakan fungsi pelbagai.

    Aku telah memuat turun dan memasang Windows Live Movie Maker versi Essential 2011. Perisian ini digunakan untuk menghasilkan klip video. Ia diberikan secara gratis oleh syarikat Microsoft.

    Secara umumnya terdapat fungsi yang dikurangkan daripada versi sebelumnya. Ia juga menggunakan menu ribbon ala-ala perisian Microsoft Office 2007 dan ke atas. Menu ala-ala Microsoft Office terkini selalu menyebabkan aku tersesat.

    Cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan berpatah balik ke perisian Windows Movie Maker versi 2.6. Perisian ini boleh dipasang walaupun sesebuah komputer sudah terdapat versi Essential 2011 di dalamnya. Ia juga serasi dengan sistem pengoperasian Windows 7.

    Selasa, 22 Februari 2011

    Patah balik ke Skype 4.2

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Skype adalah satu perisian berprotokol voice over protocol (voip). Perisian ini membolehkan kita berhubung suara dengan membuat panggilan dari komputer ke komputer. Perisian ini memerlukan  komputer, pembesar suara, mikrofon, talian internet dan akaun skype untuk membolehkan ia berfungsi. Perisian ini juga mempunyai versi mudah alih.

    Keistimewaan perisian ini ialah:-

     

    • Membuat carian pengguna skype dengan kata kunci mengikut nama, negara dan id pengguna.
    • Memaparkan pengguna di dalam “skype mode”, iaitu pengguna secara sukarela untuk dihubungi.
    • Membuat panggilan ujian audio. Fungsi ini digunakan untuk speaker dan mikrofon yang digunakan berada dalam keadaan baik.

    Malang sekali dalam skype versi 5 ketiga-tiga fungsi di atas telah ditiadakan. Apalah makna Skype tanpa ketiga-tiga fungsi tersebut.

    Akhirnya aku terpaksa menyahpasang dan membuat pemasangan Skype versi 4.2. Sekurang-kurangnya dua daripada tiga fungsi di atas masih boleh digunakan.

    Isnin, 21 Februari 2011

    Patah balik ke internet versi 8

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Pada awal minggu yang lalu, aku memuat turun dan mempertingkatkan pelayar Microsoft Internet Explorer ke versi 9 release candidate. Setelah mencuba hampir 3 hari aku dapati, banyak butang yang tidak berfungsi dan banyak “blank”.

    Semalam aku terpaksa berpatah balik menggunakan Microsoft Internet Explorer versi 8. Cara yang aku gunakan adalah seperti berikut:'-

    1. Tekan “Alt”
    2. . Pada search Box taipkan “Add  and remove” kemudian tekan “enter”.
    3. Tekan “Shift+Tab” sehingga “View installed Program”
    4. Skroll hingga “Internet Explorer 9”, kemudian tekan “Alt”.
    5. pilih “uninstall”.

    Jumaat, 18 Februari 2011

    Windows Movie Maker (versi lama – bukan essential) shortcut

    Berikut disenaraikan shortcut key untuk Perisian Windows Movie Maker versi sebelum Windows Live Essential.

    1. Create a new project
      CTRL+N
    2. Open an existing project
      CTRL+O
    3. Save a project
      CTRL+S
    4. Save a project with a new name
      F12
    5. Publish a movie
      CTRL+P
    6. Import video from a digital video camera
      CTRL+R
    7. Import an existing digital media file
      CTRL+I
    8. Undo the last action
      CTRL+Z
    9. Redo the last undone action
      CTRL+Y
    10. Cut
      CTRL+X
    11. Copy
      CTRL+C
    12. Paste
      CTRL+V
    13. Delete
      DELETE
    14. Select all clips
      CTRL+A
    15. Rename a collection or clip
      F2
    16. Clear the storyboard/timeline
      CTRL+DELETE
    17. Switch between the storyboard and the timeline
      CTRL+T
    18. Zoom in on the timeline
      PAGE DOWN
    19. Zoom out on the timeline
      PAGE UP
    20. Zoom the timeline to fit on the screen
      F9
    21. Expand the Video track when it is selected in the timeline
      +
    22. Collapse the Video track when it is selected in the timeline
      -
    23. Add selected clips to the storyboard/timeline
      CTRL+D
    24. Play video in full screen
      ALT+ENTER
    25. Set start trim point
      I
    26. Set end trim point
      O
    27. Clear trim points
      U
    28. Select clip trim handle
      ALT+SHIFT+UP/DOWN ARROW
    29. Trim clip edge left
      ALT+SHIFT+LEFT ARROW
    30. Trim clip edge right
      ALT+SHIFT+RIGHT ARROW
    31. Split a clip
      M
    32. Combine contiguous clips
      N
    33. Nudges clip to the left
      CTRL+SHIFT+B
    34. Nudges clip to the right
      CTRL+SHIFT+N
    35. Play or pause clip
      K
    36. Stop playback on the storyboard/timeline
      CTRL+K
    37. Play content on the storyboard/timeline
      CTRL+W
    38. Rewind and go to the beginning of the storyboard/timeline
      CTRL+Q
    39. Back
      CTRL+ALT+LEFT ARROW
    40. Forward
      CTRL+ALT+RIGHT ARROW
    41. Previous frame
      J
    42. Next frame
      L
    43. Display Help topics
      F1
    44. Select previous item (on a timeline track, on the storyboard, or in the Contents pane)
      LEFT ARROW
    45. Select next item (on a timeline track, on the storyboard, or in the Contents pane)
      RIGHT ARROW
    46. Select item above (on a timeline track or in the Contents pane)
      UP ARROW
    47. Select item below (on a timeline track or in the Contents pane)
      DOWN ARROW
    48. Go to the first item (on a timeline track, on the storyboard, or in the Contents pane)
      HOME
    49. Go to the last item (on a timeline track, on the storyboard, or in the Contents pane)
      EN

      Selasa, 15 Februari 2011

      Menetapkan Blog ke classic template

      Assalamualaikum dan salam sejahtera.
      Aku banyak meletakkan widget ke dalam blog. Aku tidak ingat template mana yang aku gunakan pada blog. Aku tidak ingat html dan skript yang aku pasang pada blog. Aku cuba membuang kesemuanya. Bukan sehari, bukan juga dua hari, malah dari minggu mencecah ke bulan aku cuba menyelesaikannya. Hasil yang aku perolehi ialah “gagal”.

      Akhirnya aku mengambil keputusan untuk revert kembali template yang aku gunakan ke classic templat. . Bagaimana cara untuk aku melaksanakannya?.

      1. Login ke akaun Blogger.
      2. Pilih Blog yang hendak diubah.
      3. Pilih design
      4. Pilih edit html
      5. Pilih Revert to classic template.
      6. Pilih o k.

      Setakat ini selesai satu masalah tetapi Blog aku tidak menarik.

        Isnin, 7 Februari 2011

        Windows Live Writer 2011 shortcut key

        Assalamualaikum dan salam sejahtera.
        Berikut diperturunkan senarai shortcut keys untuk perisian Windows Live Writer versi Essential 2011.

         

        1. Text Center Alignment
          Ctrl+E
        2. Text Left Alignment
          Ctrl+L
        3. Text Right Alignment
          Ctrl+R
        4. Set text direction of paragraph Left to Right
          Ctrl+Left Shift
        5. Set text direction of paragraph Right to Left
          Ctrl+Right Shift
        6. Bold text
          Ctrl+B
        7. Italic
          Ctrl+I
        8. Strikethrough
          Ctrl+H
        9. Underline
          Ctrl+U
        10. Superscript
          Ctrl+Shift+=
        11. Subscript
          Ctrl+=
        12. Bulleted List
          Ctrl+Shift+L
        13. Check Spelling
          F7
        14. Clear
          Del
        15. Copy
          Ctrl+C
        16. Cut
          Ctrl+X
        17. Delete
          Del
        18. Select All
          Ctrl+A
        19. Paste
          Ctrl+V
        20. Paste Special
          Ctrl+Left Alt+V
        21. Paste without formatting
          Ctrl+Shift+V
        22. Remove Links and Clear Formatting
          Ctrl+Space
        23. Find
          Ctrl+F
        24. Redo
          Ctrl+Y
        25. Undo
          Ctrl+Z
        26. Apply Paragraph style
          Ctrl+Shift+N
        27. Apply Heading 1 style
          Ctrl+Left Alt+1
        28. Apply Heading 2 style
          Ctrl+Left Alt+2
        29. Apply Heading 3 style
          Ctrl+Left Alt+3
        30. Apply Heading 4 style
          Ctrl+Left Alt+4
        31. Apply Heading 5 style
          Ctrl+Left Alt+5
        32. Apply Heading 6 style
          Ctrl+Left Alt+6
        33. Insert Hyperlink
          Ctrl+K
        34. New Page
          Ctrl+G
        35. New Post
          Ctrl+N
        36. Open Post
          Ctrl+O
        37. Post and Publish
          Ctrl+Shift+P
        38. Post Draft to blog
          Ctrl+Shift+D
        39. Save
          Ctrl+S
        40. Print
          Ctrl+P
        41. Insert Picture from File
          Ctrl+J
        42. Insert Picture from Web
          Ctrl+Shift+J
        43. Switch to Source View
          Shift+F11
        44. Switch to Preview view
          F12
        45. Switch to Edit View
          F11
        46. Edit using Theme
          Ctrl+F11
        47. Post Properties Dialog
          F2
        48. Set focus in Post Properties field or Previous property field
          Shift+F6
        49. Set focus in Next Field of Post Properties
          F6
        50. Show Properties Pane dialog for selected field
          Ctrl+Shift+C
        51. Toggle sidebar for plug-ins
          F9
        52. Help
          F1
        53. Toggle ribbon visible state
          Ctrl+F1

        Tahun Arnab 2011–Kambing bakar

        Assalamualaikum dan salam sejahtera.
        Pada kiriman lalu, aku bercerita tentang hasrat untuk menikmati sup belut yang tidak kesampaian. Aku juga bercerita tentang berkat ambeng pengganti kepada sup belut.

        Pada hari berikutnya, ketika berada di kampong, aku menerima undangan majlis hari ulang tahun kelahiran. Aku tidak menghampakan selera dan perutku yang mana sup belut tidak melewati tekak dan terus ke salur penghadaman.

        Pada majlis tersebut, hidangan utamanya ialah kambing bakar dengan sos lada hitam. Menu lain yang disediakan ialah pulut kuning, ayam bidara, sosej, kentang goreng dan kuih bengkang ubi kayu. Kek tiga tingkat dengan 3 perisa berlainan untuk setiap tingkat diletakkan ultraman turut disediakan.

        Ahad, 6 Februari 2011

        Tahun Arnab 2011 – Sup belut dan ambeng

        Assalamualaikum dan salam sejahtera.
        Menyusuri jalan pantai dari Kelang ke Lumut, kita akan mendapati banyak kedai makan. Kedai makan tersebut terdapat dalam pelbagai jenis, dari restoran eksklusif sehinggalah gerai biasa. Menu yang disediakan pula terdiri daripada pelbagai citarasa, dari hidangan antarabangsa, makanan segera sehinggalah masakan tempatan.

        Ketika balik kampong, kebiasaannya aku akan menikmati sate, mee bandung bersama a b c di salah sebuah pondok sate. Hidangan yang paling menjadi kegemaranku ialah sup belut yang dijual di tepi jalan dari Tanjong Karang menghala ke Sekinchan. Terdapat sebuah gerai yang popular dengan mee udang banjir. Lokasinya juga terletak di antara Tanjong Karang menghala ke Sekinchan iaitu di sebelah salah sebuah masjid. Walaupun gerai tersebut sangat popular, namun aku tidak pernah merasai kelazatan hidangannya.

        Cuti sempena Tahun Baharu Cina 2011 yang lalu, seperti biasa aku balik kampong. Aku berangan-angan untuk menghirup keenakkan dan kelazatan kuah sup belut. Rezeki tidak menyebelahiku kerana gerai tersebut ditutup selama 3 hari. Alangkah hampanya hatiku kerana hajatku tidak kesampaian.

        Kehampaanku untuk menikmati keenakkan sup belut sedikit terubat apabila pada sebelah petangnya, Bagak menyampaikan undangan kesatu majlis tahlil arwah. Malam tersebut aku makan berkat ambeng menggantikan supbelut.

        Khamis, 3 Februari 2011

        Hari Wilayah 2011 – cerita 3

        Assalamualaikum dan salam sejahtera
        LRT tiba ke destinasi. Kami berdua turun. Waktu masih awal. Hari cuti, tidak ramai lalu-lalang.

        Anakku menuju ke arah starbuck yang belum beroperasi.

        “Papa, di sini terdapat kemudahan capaian wifi percuma,” anakku memberitahu sambil jejarinya memicit kekunci Nokia n75.

        Aku duduk di bawah tiang besar, sementara anakku melayari internet. Pukul 8. 45 pagi. menuju ke arah lif untuk ke Bilik Enggang tingkat 9. Hotel Lagend, bertujuan untuk menghadiri demonstrasi panel e-braille Quran for teaching aid.

        Peserta lain belum tiba sementara pasukan penyelidik dari UTM sedang sebok memasang peralatan demonstrasi.

        Sementara menunggu acara bermula aku mengeksplore peralatan yang disediakan. Kumpulan penyelidik sangat ramah dan menjawab persoalan. Beberapa peserta mula tiba, anggaran seramai 8 orang.

        Demonstrasi bermula pada pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.

        Sebelum meninggalkan majlis kami dihidangkan dengan jamuan ringan. Menu yang disediakan ialah mee goreng, bee hon goreng, murtabak, kuih dan kopi.

        Pada majlis tersebut, sempat berkenalan dengan blogger Besi Waja dan blogger jejariku kan terus menari.

        Rabu, 2 Februari 2011

        Hari Wilayah 2011–cerita 2

        Assalamualaikum dan salam sejahtera.

        LRT berhenti, sekumpulan remaja lebih kurang 10 orang memasukki koc. Antara mereka, cuma 3 orang diketuai Isyam yang mendominasi perbualan. Cerita berkisar pada topik remaja. Satu cerita yang menarik perhatianku. Ceritanya seperti di bawah.

        Tiga remaja iaitu Isyam, Ani dan Ita mengunjungi rumah hantu pada satu pesta keramaian. Setelah membeli 3 keping tiket, mereka bercadang untuk masuk ke dalam rumah hantu secara serentak. Sampai di pintu masuk, penjaga tiket melepaskan Ani seorang untuk masuk dahulu.

        “Saya akan melepaskan seorang demi seorang masuk ke dalam,” penjaga tiket memberitahu, sebelum sempat disoal oleh Isyam dan Ita.

        Ita membatalkan hasrat untuk masuk  ke rumah hantu kerana dia takut.

        Isyam mengambil tempat untuk masuk ke dalam rumah hantu.

        Suasana di dalam rumah hantu samar-samar. Banyak hantu berkeliaran. Tiba-tiba Isyam ternampak Ani sedang berlutut sambil kedua-dua belah tangannya memegang kaki hantu pocong yang berdiri dihadapannya.

        “Tolong, jangan ganggu aku,” rayu Ani sambil teresak-esak.

        “He, he,” ilai hantu pocong terus menyakat tanpa simpati.

        “Tolonglah, ramai lagi perempuan lebih cantik di belakang, boleh engkau kacau,” tangisan Ani bertambah kuat

        Mungkin kerana kasihan ataupun panik hantu pocong menghentikan usikannya terhadap Ani. Sebelum sesuatu kejadian menjadi lebih gawat, Isyam mendekati mereka, lalu mententeramkan Ani. Setelah keadaan agak tenang, mereka berdua menuju pintu keluar. Pocong dan hantu-hantu yang lainnya, semakin kuat gelak mereka kerana peristiwa tadi.

        Semasa berjalan menuju pintu keluar, Isyam dan Ita disapa oleh seorang toyol. Ita panik semula, kaku tidak bergerak.

        “Toyol, tolonglah jangan usik aku lagi,” suara Ita terketar-ketar.

        Toyol yang tidak tahu-menahu kisah sebelumnya terus menyiringaikan taringnya.

        “Abang toyol, budak ini lemah semangat, dia baru sahaja kena usik oleh pocong di sana,” Isyam memberitahu kepada toyol sambil jari telunjuknya diarahkan kke tempat pocong mengusik.

        “Lain kali, jika lemah semangat, janganlah masuk ke rumah hantu,” toyol bersuara.

        Sesampai di luar, Ani terus menerpa dan memeluk Ita.

        "Aku takut, mati hidup balik aku tidak akan masuk ke dalam rumah hantu lagi,” suara Ani terketar-ketar, antara dengar dengan tidak.

        Seketika kemudian Ita bersuara.

        “Hoi Ani, tak senonoh betul, tengok seluar awak tu, basah.”

        Selasa, 1 Februari 2011

        Hari Wilayah 2011–cerita 1

        Assalamualaikum dan salam sejahtera.

        Turun dari kereta terus ke kaunter tiket LRT. Kami memesan tiket untuk 2 orang. 2 keping tiket bertukar tangan begitu juga dengan wang harga tambang. Kira-kira 3 langkah berjalan, sewaktu memasukkan baki wang tambang ke dalam kocek seluar, satu suara memanggil kami.

        Anakku kembali semula ke kaunter tiket. Petugas kaunter meminta dikembalikan semula 2 keping tiket tadi.

        “kenapa adik tidak memaklumkan, adik bersama OKU.?"

         

        Pertanyaan tidak berjawab. 2 keping kertas bersama baki tambang untuk kali kedua, betukar tangan.

         

        Terima kasih Syarikat Prasarana Negara kerana memberikan potongan harga tambang kepadaku.

        Isnin, 31 Januari 2011

        Aku dan jaringan sosial - 2

        Assalamualaikum dan salam sejahtera.

        Facebook sebuah laman jaringan sosial telah mempertemukan aku dengan beberapa rakan lama semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaupun sekadar friend request namun jika diterima, aku rasa aku masih diingati.