Isnin, 25 April 2011

Apa warna mimpi anda malam tadi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam tadi aku bermimpi, beberapa malam lalu aku juga bermimpi. Aku kerap bermimpi. Mimpiku beraneka genre. Dalam mimpi itu aku pernah menjadi pelakonnya. Aku juga pernah menjadi penonton didalam sesebuah mimpi.

Kalian seperti juga aku pasti pernah bermimpi. Boleh aku tahu, apa warna mimpi anda malam tadi?. Apakah mimpi anda hitam putih ataupun berwarna-warni?. Mengapa terdapat perbezaan warna dalam melatari mimpi kita?.

Jumaat, 15 April 2011

Doa solat sunat dhuha

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu 
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.

Ahad, 3 April 2011

Anakku mahu jadi genius

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam tadi anakku menunjukkan sekeping kertas yang dibawa pulang dari sekolah. Aku meminta dia menerangkan isi kandungannya. Menurut anakku, ia berkaitandengan satu produk untuk menjadikan orang yang memakannya menjadi genius. Produk tersebut terdiri daripada gula-gula homeopathy dan kismis.Ia dijual dengan harga rm13.00.

Sebagai ibubapa yang penyayang aku cuba untuk menurut kehendak anak-anak. Cuma, aku tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada anakku. Dalam usia semuda 7 tahun aku tidak mahu dia dieksploitasi oleh pihak tertentu atas nama sekolah. Aku tidak mahu anakku mempunyai persepsi bahawa semua yang datang dari sekolah adalah benar dan baik belaka. Apatah lagi sesuatu yang komersial sifatnya.

Jumaat, 1 April 2011

Cerita penyelenggaraan rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah lebih sepuluh tahun aku mendiami rumah ini. Terdapat banyak kerosakan pada rumah ini yang perlu diperbaiki. Antara pembaikan yang perlu dilakukan ialah, paip sinki bocor, mencuci tangki, siling pecah dan pam tandas yang tidak berfungsi. Sementara itu perkakasan elektrik yang perlukan penyelenggaraan secara berkala ialah penyaman udara.

Aku menghadapi masalah untuk mencari orang yang boleh melakukan tugasan di atas. Memang banyak iklan yang dimasukkan kedalam peti surat, ditampal di tiang elektrik dan diiklankan di laman web tetapi aku serik untuk menghubunginya. Pengalaman lalu mengajar aku supaya berhati-hati mengenai iklan penyelenggaraan rumah yang terdapat di merata-rata tempat. Ini kerana upah yang diminta tidak sepadan dengan tugasan yang dikerjakan.

Aku tidak boleh menolak harga yang ditawarkan setelah mereka tiba untuk membuat pemeriksaan. Walaupun semasa dihubungi mereka berjanji bahawa pemeriksaan yang bakal dilakukan adalah percuma.

Pilihan yang ada padaku ialah menggunakan buruh asing untuk menyelesaikan masalah. Kos boleh dirunding terlebih dahulu dan spesifikasi tugasan ditentukan bersama namun boleh diubah dari semasa kesemasa merupakan ciri-ciri menarik untuk dipertimbangkanl jika aku mahu menggunakan tenaga mereka. Apa yang lebih istimewa, aku tidak terikat untuk menggunakan tenaga mereka setelah pemeriksaan dilakukan…