Rabu, 7 Disember 2011

Bagaimana orang buta menggunakan komputer – Screen reader script

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kiriman bertajuk Bagaimana Orang Buta Menggunakan Komputer - Screen Reader dan Interaksi   aku telah bercerita tentang interaksi  antara pengguna buta dengan komputer melalui perantaraan perisian screen reader. Pada peringkat ini proses interaksi hanya berlaku untuk  membolehkan Sistem pengoperasian boleh dicapai menggunakan perisian screen reader. Untuk membolehkan program aplikasi seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel mengexploitasi program screen reader, satu fail script perlu dihasilkan.

Fail script yang dibena akan mengandungi  beberapa baris set kod arahan supaya screen reader melaksanakan fungsi yang telah disesuaikan untuk sesuatu program aplikasi tertentu. Ini bermakna, satu fail skrip perlu dibena untuk satu program aplikasi. Contohnya satu fail skrip dibena untuk aplikasi Microsoft Word dan satu fail skrip lain perlu dibena untuk aplikasi Microsoft Excel.