Selasa, 31 Mei 2016

Aku, blog dan jaringan sosial ii

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku pernah menyatakan kebimbangan tentang blog ini akan terbiar kerana fenomena jaringan sosial Facebook di sini. Walaupun aku tidak aktif di dalam jaringan sosial Facebook namun  blog ini tetap jarang dikemaskini.

Aku cuba mengelak untuk aktif dalam sebarang jaringan sosial, namun akhir-akhir ini aku tidak dapat menahannya.

 

Fenomena whatsapp seolah-olah memancing ghairahku untuk mencuba. Akhirnya aku terperangkap dalam jaringan sosial. Bermula dengan chit-chat dengan rakan dalam context, kini aku menjadi ahli 4 whatsapp group. Sewaktu aktif, satu whatsapp group aku menerima tidak kurang 200 mesej… 

Ahad, 15 Mei 2016

Melayari laman blog oleh Blogger dalam versi mobile pada komputer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada kiriman sebelum ini aku ada bercerita tentang laman sosial Facebook yang menyediakan paparan versi mobile yang boleh digunakan pada komputer. Sebenarnya pada kebanyakkan laman web, untuk melayarinya dalam versi mobile, kita perlu menggantikan www dengan huruf m semasa memasukkan alamat pada url /address bar. Contoh, untuk melayari laman web yahoo menggunakan versi mobile, kita mesti memasukkan http:m.yahoo.com pada url/address bar. Begitu juga jika kita hendak melayari laman web gmail, kita mesti menggantikan alamat http://www.gmail.com dengan http://m.gmail.com. Namun tidak semua laman web menyediakan kemudahan versi mobil ini. Begitu juga, terdapat laman web yang menyediakan cara tersendiri untuk melayari laman web mereka dalam versi mobile.

Laman blog blogspot oleh blogger mempunyai cara yang berlainan untuk kita melayari laman web yang disediakannya dalam versi mobile. Bagi membolehkan sesebuah laman blog Blogger dilayari dalam versi mobile, kita mesti menambah “m=1” selepas alamat blog pada url/address bar. Contohnya apabila kita hendak melayari laman aku ini dalam versi mobile, masukkan http://bisikan-malam.blogspot.com?m=1.

Isnin, 9 Mei 2016

Bagaimana orang buta menggunakan komputer: Kemudahan Facebook untuk perisian pembaca skrin

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Laman sosial Facebook (www.facebook.com) telah menyediakan kemudahan bagi pengguna yang bergantung kepada perisian Pembaca Skrin. Kemudahan ini berfungsi jika pengguna pembaca Skrin melayari Facebook didalam mode mobile. Mode mobile ini akan berfungsi jika pengguna perisian skrin memasukkan "http://m.facebook.com" tanpa quote pada bar alamat *location / address bar).

Khamis, 5 Mei 2016

Perisian Penulis Blog ii

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah setahun Tiada bisikan dariku lewat blog ini. Banyak cerita ingin aku bisikan kepada tetamu yang mampir atau kesasar di blog ini. Ianya tidak aku lakukan lantaran beberapa urusan yang mendatang.
Tika aku mahu berbisik disini, perisian penulis blog yang biasa aku gunakan iaitu Windows Live Writer sudah tidak menyediakan perkhidmatan untuk blog yang menggunakan pelantar Blogger, sepertimana yang pernah aku bisikan di    http://bisikan-malam.blogspot.my/2008/07/perisian-penulis-blog.html. Ada cadangan yang memaklumkan untuk memuat turun perisian sumber terbuka iaitu Open Live Writer. Aku mengundoh, memasang dan cuba menggunakannya. Akhirnya aku kecewa... Masalah biasa untuk orang seperti aku, iaitu isu accessibility atau dalam Bahasa Melayu disebut isu capaian. Aku tidak akan mengalah.. aku akan berusaha untuk menggunakan perisian Open Live Writer secara optima, insya' Allah.